Enjin terkeluar salah satu safety features...Fakta atau mitos?


Menurut gambar diatas , bila enjin kereta yang terkeluar dari bay bukan berpunca dari kelemahan kejuruteraan tetapi adalah satu aspek keselamatan yang tinggi terus aku terfikir tentang bebrapa perkara.

Yang pertama, cuba bayangkan sekiranya kemalangan itu berlaku dan enjin kereta terkeluar dari bay asalnya. Dan jatuh tepat ke arah pengguna jalan raya yang lain. Jadi bagaimana kejuruteraan yang tinggi ini memilih untuk menyelamatkan pemandu tetapi memberikan risiko pada pengguna jalan raya yang lain?

Yang kedua, bagaimana enjin kereta itu boleh memberi perlindungan kepada pengguna sekiranya ada rempuhan dari arah depan. Daya rempuhan dari depan, akan mewujudkan daya tujahan ke arah belakang yakni ke arah memandu. So melalui kaedah macam mana sekiranya berlaku kemalangan jenis ini, enjin aku.

Hari tu ada keluar berita, ada pemandu ni terselamat dari kecederaan parah akibat hasil dari safety features yang ada pada kereta beliau. Pada firasat aku, kereta pemandu ni mesti berguling-guling sebagai cara untuk enjin kereta ni keluar dari bay atau bonet dia dan bukan dari jenis kemalangan impak dari depan semata-mata.

Jadi bagi aku , persoalan belum cukup untuk memberikan kesimpulan sama ada ia adalah fakta atau mitos. Tapi menerbitkan satu lagi persoalan adakah ia satu cover up?

kucing dengan custom battle suit, (4 gambar)

    Bila start waktu pagi, jalan sesak mula dari jalan depan rumah. Bukankan seronok kalau rumah diconvert jadi tempat kerja.

Baju kebal untuk kucing, Dengan serendah £312.5 atau RM 1,702.71. Kucing korang dah boleh dilengkapi dengan satu set baju perang yang lengkap. Baju perang ini merupakan hasil buatan tangan dan diperbuat dari real kulit binatang.


Dengan bahagian belakang dipenuhi dengan duri-duri tajam, mampu membuatkan anjing-anging kawasan memberi tabik hormat.












Laporan asal oleh : esty.uk

Kisah Tani Yukata - Harimau Malaya yang underrated

Siapakah Tani Yukata?



Beliau merupakan seorang lelaki dari keluarga jepun yang di lahirkan pada tahun 1910 di Terengganu, Walaupun dia merupakan orang jepun, tapi dia selesa berpakaian melayu dengan bersongkok dan bersampin.

Nama Tani Yutaka dalam bahasa melayu bermaksud Harimau. Beliau ini merupakan seorang agen perisik jepun dalam kumpulan yang dipanggil F Kikan dan menjadi tugas dia untuk meng'sabotaj pergerakan britisah pada masa itu.

Waktu Hero Dilahirkan

Sejarah hidup brader ni bertukar apabila adik perempuan dia menjadi mangsa bunuh akibat dari sentimen anti Jepun dan ditambah lagi dengan pencerobohan tentera Jepun di Mahchuria pada tahun 1931. Tani Yutaka ni menjadi hero selepas menyerang seorang pegawai atas British yang berkongspirasi dengan pembunuh adiknya.

Dua dari kanan, adik perempuannya yang dibunuh oleh orang cina.

Beliau juga conduct serangan terhadap bussiness orang-orang cina dan british, Ada yang mengatakan beliau menubuhkan kumpulan seperti yakuza, dan dia mempunyai lebih 100 orang pengikut termasuk orang melayu sendiri.

Kematian

Ada dua versi yang aku jumpa dalam cerita ini.

Versi pertama, Tani Yutaka ni mati disebabkan penyakit malaria dan beliau dikebumikan di singapura.

Versi kedua pulak, Beliau sebenarnya mati, ketika menjalankan misi meng'sebotaj empangan  british di di tanah melayu.




Ni tugu peringatan yang  terletak di perkuburan orang jepun di singapura dibuat oleh pihak berkuasa Jepun atas sumbangannya menentang British di tanah melayu. Kat kubur ni jugak ada nama-nama lain seperti Terauchi Hisaichi, Hinomoto Guardian Deity, Futabatei Shimei, Ueyama Kano, Nagano Saneyoshi dan Karayuki-san

Sumbangan Tani Yutaka sebagai spy jepun terus di adaptasikan dalam filem yang berjudul mirai no tora  マライの虎 IMDB


:





















Lawak Tragis - Mesej yang biasa di lihat sewaktu di Tandas Malaysia ( 9 Mesej )


Sudah menjadi ada di Malaysia, bila masuk tandas di Malaysia, ada macam-macam iklan yang biasa dipandang. Dan gambar kali ini menunjukkan betapa prihatin dan kreatif masyarakat Malaysia menyampai mesej-mesej lawak dan berguna semasa di dalam tandas.





Dan yang bawah ini paling legend dan tengah trending sekarang!!!


Laporan asal : aniqbukhary.
\

Lelaki ini mencuri TV LED dengan menggunakan Skateboard



Kejadian ini berlaku di Target Store di Florida, apabila mamat datang ke store pada waktu malam, waktu tu customer dah takde dan Target store dah nak tutup dah.

Mamat ni masuk ke store sambil survery tv yang dia nak rembat. Sewaktu staff store ni leka, mamat tu berjaya grab tv led yang dalam kotak sambil terus meluru ke pintu keluar utama tapi dah kena tutup.

Dalam kelam-kabut masa itu, staff yang betugas kat store tu cuba untuk menahan mamat ni, tetapi mamat ni telah mengeluarkan pisau dan membuatkan staff kat situ terpaksa backoff.

Akhir pada kejadian tu, mamat nie berjaya melarikan diri dengan tv tu sekali dengan menggunakan pintu store yang tak berkunci.

Sehingga kini, mamat berhoodie nie masih menjadi buruan polis Florida.


Laporan Asal : metro.co.uk

Nah! Video CCTV Kedai tu.




Pasangan kekasih Kantoi - Cuba Lari tapi Terlanggar Eletrik


Sumber gambar : hmetro


Kes ini belaku di Alor Gajah melaka, pasangan yang berumur 20 tahun ini sebenarnya kepenatan setelah bersiar-siar bersama. Jadi mereka parking myvi mereka di tepi jalan dan terlelap di situ.

Tidak lama selepas itu, ada penduduk kampung yang curiga dengan keadaan kereta itu yang park tepi jalan, cuba untuk menyiasat dan mendapati ada pasangan  kekasih sedang bermadu asmara dalam kereta berkenaan.

Lelaki tu terkejut sebab terkantoi dengan orang kampung, terus reverse kereta dia dalam jarak 200 meter sebelum menghentam tiang elektrik dekat situ.

kesudahannya, mereka ditangkap dan dibawa ke Jabatan Agama Islam Melaka untuk follow up kes.

Lagak gaya seorang budak sewaktu menjadi tebusan di Brazil - Double Thumbs up


Kejadian ini belaku di Brazil. Perompak ini bersama kawannya yang baru lepas curi motor. Sewaktu melarikan diri, dia terserempak dengan unit peronda polis yang meronda pada ketika itu.

Perompak ini bertindak bijak dengan menjadikan seorang budak yang ada di situ sebagai tebusan. Dia sedar yang dia bakal dilaukkan atau terbunuh dengan abg polisi di situ sekiranya tak buat macam tu. 

Dengan menggunakan revolver kaliber .38 perompak tu ugut nak bunuh budak tu. sekiranya tuntutnya untuk suruh wartwan untuk datang ke lokasi kejadian.

Bila wartwan sampai, budak tu pun dilepaskan. Polis turut merampas pistol yang dimilik perompak terbabit. yang bestnya pistol tu takde peluru pun. 

pstt: Thumbs up, budak tu ingat dia dalam movie kot.


Cubaan rompakan yang gagal - Perompak dilanggar

Cubaan rompakan yang gagal - Perompak dilanggar

Satu rakaman cctv berjaya merakamkan satu aksi yang cukup dramatik apabila seorang lelaki yang baru keluar dari kereta cuba dirompak oleh 2 orang lelaki dengan menaiki motosikal.

Akan tetapi, ketika kejayaan lelaki terbabit merompak  mangsa seolah-olah di depan mata, dengan tidak semena-mena mereka di langgar oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta dari arah belakang.

Kedua-dua lelaki itu rebah ke jalan, akan tetapi salah seorang daripada mereka bingkas bangun dan  berjaya melarikan diri.

Rakannya yang tersepit dihempap motosikal gagal meloloskan diri, telah menyebabkan pemandu yang melanggarnya segera menyerang perompak terbabit.

Selang beberapa saat, orang ramai segara memberikan bantuan kepada mangsa, dan menyebabkan perompak mengalami satu pengalaman yang berguna dalam hidupnya.

Padan Muka!


Kanak-kanak tersepit hampir separuh badan mengalami luka teruk

Kanak-kanak tersepit di tangga bergerak - Separuh badan luka-luka.


Seorang kanak-kanak berdepan detik cemas dalam hidupnya selepas terjatuh dalam eskalator di sebuah pusat beli belah di jakarta, indonesia.




Kanak-kanak terbabit dikatakan sedang bermain di eskator terbabit sebelum terjatuh dan menyebabkan separuh badannya tersepit di antara tangga bergerak terbabit. Kecederaan badan yang dialami oleh kanak-kanak ini agak teruk juga jika dilihat dengan mata kasar. 


Dulu masa kecik-kecik main kat eskalator tak terfikir pun bahaya macam ini. Tetapi dah besar, rasa ngeri plak.

Lagu kangkung hits di internet - 584,526 pelawat setakat hari ini.

Lagu kangkung menjadi lagu paling hits di kalangan pengguna internet di Malaysia.



kangkung yang menjadi antara menu kegemaran rakyat malaysia kini meningkat popularitinya setelah satu cubaan meng'remixkan lagu berkenaan mendapat sambutan hangat di kalangan pengguna internet di Malaysia.

satu video klip yang berdurasi 1.03 saat itu telah berjaya menarik setengah juta penonton hanya selepas beberapa hari ia di muat naik

pun begitu, ada segelitir pihak yang menafsirkan bahawa ia satu momokan kepada kerajaan sedia ada yang di terajui oleh Dato seri Najib Razak.

Tak sangka, kankung juga boleh digunakan sebagai mata wang untuk memberi kopi di salah satu kedai di Malaysia. 

Apa mungkin ia boleh mengalahkan bitcoin pada satu hari nanti.



Imej Gambar misteri bentuk ganjil di bulan.

Misteri bentuk ganjil di bulan.- Alienation Alert!!



Satu objek misteri yang di kesan di bulan telah menimbulkan banyak persoalan kepada pengkaji angkasa. Ada yang berpendapat ia datang dari makhluk asing dan ada juga yang berpendapat ia hasil penyelidikan rahsia negara tertentu.

rupa bentuk segi tiga yang dikesan dari google's map of the moon menunjukkan imej 7 baris bintik cahaya seolah-olah bentuk kapal terbang angkasa.

Bentuk ganjil itu boleh di cari dengan menggunakan Google Moon Viewer pada koordinat, 22042'38.46N and 142034'44.52E.

Pasangan Wanita ini Mencuri Dengan Penuh Bergaya


Wanita ini mencuri dengan penuh bergaya.



Sebuah stesen Tv kanada, telah membongkar 2 wanita cina yang membawa kereta BMW x5 datang ke pertubuhan badan amal untuk mendapatkan kupon barangan runcit yang diedarkan kepada orang miskin.

Terlalu ramai yang mengambil kesempatan terhadap usaha kerajaan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk mengurangkan beban hidup.

Sehingga jam 4 petang pada hari itu, lebih 100 orang yang layak gagal mendapatkan kupon percuma kerana kehabisan bekalan.





pst: Harap dekat Malaysia takde la macam ni. Teringat pada Br1M.


Gambar : Peminat Bola sepak Kelab Liverpool


kavadi liverpool satu fenomena.



Empat remaja sesat di sungai Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH)

Empat remaja sesat di Hutan Simpan Ayer Hitam.

Sumber : sinarharian.com.my



Dalam sibuk bergembira, siapa pun tidak menyangka 4 remaja  berhadapan detik hitam apabila mereka sesat semasa sedang beriadah di hutan simpan ayer hitam.

Salah seorang mangsa yang sedar mereka telah pun sesat, cuba menghubungi panggilan kecemasan 999 dan mereka berjaya dikeluarkan pada 6 petang pada hari yang sama.

Misteri hilang arah atau sesat sama ada dalam perjalanan ke sesuatu tempat misalnya ada kala dikaitkan dengan unsur mistik yang melibatkan jin dan syaitan sebagai tukang angkaranya.

Meskipun begitu, adalah perlu untuk mana-mana individu untuk mematuhi peraturan dalam yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agar perkara yang sama tidak akan berulang lagi.


psttt: Masuk hutan, ada pantangnya.







Tips Mudah Untuk Menghilangkan Parut Jerawat

Tips 1 Mudah Untuk Menghilangkan Parut Jerawat


1. Kulit kayu manis. Beli beberapa batang kulit kayu manis, kebiasaanya ada di kedai-kedai runcit. tumbuk sehingga hancur. Kemudian campurkan dengan sedikit air. Akhir sekali, sapukan pada muka 30 minit kemudia bilas muka dengan air bersih.

*********************************************************************************

Tips 2 Mudah Untuk Menghilangkan Parut Jerawat


2. Kulit kayu manis + madu. Seperti cara diatas, cuma bezanya adalah menambah serbuk kayu manis tadi dengan madu, sebaiknya dapatkan madu asli yang dijual di pasar-pasar tani atau di pasar malam. Jadikan ia seperti mask muka dan biarkan dalam masa 30 minit sebelum dicuci dengan air bersih.

*********************************************************************************

Tips 3  Mudah Untuk Menghilangkan Parut Jerawat


3. kulit kayu manis  + bedak sejuk, berbeza dengan cara di atas, serbuk kulit kayu manis. Serbuk kulit kayu manis dicampur dengan bedak sejuk. Kemudian hasilnya ditepek ke muka untuk satu jangkamasa 30 minit. Selepas itu muka dicuci dengan air bersih.

Tips Mudah Untuk Menghilangkan Parut Jerawat di atas sebenarnya merupakan salah satu cara daripada ratusan kaedah yang digunakan oleh orang ramai di dalam mengurangkan kadar jerawat di muka.

*********************************************************************************


Tips menghilangkan jerawat ini sesuai untuk lelaki dan wanita tanpa mengira usia. Cuma perlu kerja rajin sikit nak jadikan kulit kayu manis menjadi serbuk. : ). Selamat mencuba.

Koperasi Kampung untung RM 7 juta.

Ni kat China. Koperasi kampung Jianshe, daerah Lianshan,wilayah Sichuan.
Untung semua 13juta yuan. 
Wang bonus diberi sebelum tahun baru China pada peserta koperasi seramai 340 org.
Duit ni semua untung dari operasi ternakan b.a.bi, ladang ceri, dan pelaburan dalam 4 projek hydropower plant berskala kecil
dlm wilayah Sichuan.

ada penduduk kg ditugaskan menjaga duit semalaman sebelum diagihkan esok harinya. mereka tidur di longgokan duit tersebut.
Ada berkata tak dapat tidur lena sebab takut duit dicuri.




(update) Kisah Sedih Seorang Mualaf......??



Dua hari lepas, dalam perjalanan dari Puncak Alam ke Shah Alam, singgah sebentar di Masjid Negeri Shah Alam memandang azan baru sahaja berkumandang. Usai sahaja solat, hujan renyai-renyai sehingga lebat. Waktu itu kebetulan lapar, nampak seorang pakcik jual ais-krim di tepi pagar Masjid Negeri, singgah sebentar belikan aiskrim.

Sedang-sedang menunggu ais-krim disiapkan, hujan makin lebat, dentuman guruh semakin kuat. Nampak seorang lelaki india dan wanita india di tepi pagar, berdiri berdua di situ. Berseluar jeans, ber t-shirt bersahaja. Ana tanya..

“ buat apa sini bro? “

“ saya sedang tunggu teksi , mahu balik Padang Jawa “

Selepas perbualan kami dipanjangkan, dapat tahu saudara India tadi adalah seorang revert, wanita tadi adalah isterinya. Alhamdulillah bertambah saudara seIslam lagi.
Pada awal perbualan, saudara tadi memperkenalkan diri dengan nama Islamnya, Ariffin. Seorang lelaki berusia 25 tahun , berasal dari KL. Isterinya bernama Nadiah.

Terus ana mengajak mereka berdua menaiki kereta , ana tumpangkan terus dari Masjid tadi ke Padang Jawa. Dalam hujan makin lebat, kereta makin perlahan, ana bertanya padanya kenapa berada di masjid tadi

“ awak buat apa di situ tadi ? “

“ saya mahu jumpa itu Jais, saya sudah jumpa rumah, sekarang itu Jais kata mahu bayarkan sewa rumah kalau sudah jumpa “ sambil menunjukkan surat dari Jais 

“ sekarang rumah saya di Padang Jawa sana sudah duduk 5 bulan, akhir bulan ini saya kena keluar, itu owner India tidak mahu saya duduk situ “ 

“ eh kenapa? “ 

“ itu Jais kata mahu bayar sewa, tapi sampai hari ini sudah 5 bulan saya sendiri yang bayar sewa, rumah saya apa pun tiada. Kosong tiada apa-apa “

“ tadi awak ke Jais mereka kata apa “

“ saya ke Jais itu Tingkat satu tempat muallaf, mahu hantar itu form lagi, untuk minta bantuan, mereka kata dulu mahu bantu , sampai hari ini masih tiada jawapan , saya isteri semua nak makan susah “

“ saya masuk Islam sukarela , tiada siapa ajak mahu paksa, saya rela masuk. Ibu bapa saya tidak bagi saya tinggal dengan mereka, mereka kata saya sudah Islam tidak boleh campur “
“ sekarang rumah saya tinggal itu rumah orang India lama punya, itu Ustaz Jais kata jangan guna pinggan mangkuk sudu semua, mereka kata akan beri bantuan kecemasan pinggan mangkuk lain. Tapi sampai hari ini, satu bantuan pun belum dapat.

Saya rumah satu apa pun tiada, tilam apa semua tiada. Itu ustaz kata mahu datang pun langsung tidak datang “

Hati ana yang dengar ni makin panas membara. Dalam hati seperti seribu carutan sudah diucapkan.

Sambung ana

“ then awak makan hari-hari makan apa? “

“ saya dengan isteri makan roti sapu itu plantar kuning setiap hari. Itu ustaz kata suruh minta saya belajar agama. Saya suka belajar, tapi bila waktu itu ustaz suruh datang hari itu, hari ini, hari orang kerja, saya juga kena kerja, mahu belajar macam mana? Saya kenderaan pun tiada “

“ itu tuan rumah kata Jais mahu bayar, itu cek sewa bulanan sampai hari ini pun tidak dapat lagi, kami sendiri juga yang bayar “

“Itu ustaz tiada datang tolong ke? “

“ itu ustaz saya jumpa call semua selalu kata, “ ariffin, you usaha lagi, cari rumah lagi, usaha lagi kerja semua, nanti kami tolong “ “

“ saya ada jiran beri saya motor , motor lama masuk ladang, baru dua hari guna sudah enjin rosak, sekarang mahu duit lagi rm 250 nak repair semua “

“ saya makan pun tiada, nak bayar sewa rumah semua “

Sedar tidak sedar sedang berbual sambil isteri di sebelah, dan mereka berdua di seat belakang, kami telah tiba di rumah mereka ,apartment tingkat 11. Tiba di sana, Ariffin kata

“ saya punya isteri tidak boleh pakai tudung masuk rumah, ada kawan abang dia tinggal sini, nampak dia nampak ,.susah “

Terus isterinya buka tudung, kami terkejut, keIslaman mereka masih dirahsiakan walaupun 8 bulan sudah memeluk Islam! Allah AllahT_T” 

En. Arifin tadi mengajak ke rumahnya, bila tiba di rumahnya, ia…KOSONG! KOSONG ! KOSONG! Dari ruang tamu pintu masuk hingga ke dapur hanya dalam 6-7 langkah saja, ruang tamu kosong, bilik tidur kosong, tiada tv, tiada katil mahupun tilam bahkan peti sejuk dan dapur memasak pun tiada. Yang boleh nampak hanyalah tikar sejadah dihamparkan di dalam bilik mengarah ke kiblat.

Oh sayu nya!
Mereka tidur setiap hari bertilamkan lantai, mengalas perut dengan roti. Hey mana kamu semua yang bekerja di Pejabat Agama! Duduk dalam aircond semata? , ini SAUDARA ISLAM kamu yang minta pertolongan kamu buat apa? Pergi lah carik orang untuk dibantu, kami bayar zakat setiap tahun , zakat harta, fitrah , emas etc, kemana pergi semua wang zakat itu?

Ada 7 asnaf semuanya, bila ke Majlis Zakat, kamu sekalian dengan bangga ucapkan keuntungan zakat sehingga berjuta-juta, buat majlis program di hotel sekalian sekalian makan 4 kali sehari, ini saudara kamu 8 bulan peluk Islam bantuan sekali sahaja diberi?
Sungguh macam pelarian hidup mereka, berkat sungguh hidup kamu wahai pegawai-pegawai Majlis Agama?

Kebetulan hari ini 10 Januari, baru keluarkan duit untuk bayar duit kereta dan duit rumah. Terus ana capai duit itu, berikan semua pada mereka. Mereka orang Islam, mereka orang Malaysia kita, iya inilah tanggungjawab kita sebagai saudara seagama dan se-negara. 

Dulu dengar cerita orang pusat zakat layan peminta zakat macam si*l. Hari ini nampak benar cerita itu didepan mata. Bila masuk ke parking mana-mana pusat zakat, kereta Perdana, BMW, Mercedes tersergam indah. Kaya benar kau dengan gaji bulanan? Rasa-rasa kerja itu berkat ke? Orang 8 bulan hidup tunggang langgang nak cari tempat tinggal, nak makan, ditinggalkan keluarga, pertolongan yang diberi hanyalah

“ bersabar dan usaha lagi “ ?

Rasa tidak berbaloi benar nak bayar zakat begini, tiada langsung kemajuan. Kami bayar zakat bukan untuk bayar gaji kalian, kami nak Islam agama kami ini mekar , menjadi tempat bantuan, tempat bergantung harap. Membantu ketika sukar.

10 hari dari sekarang, apakah yang akan terjadi pada en. Ariffin itu dan isterinya? Ditendang keluar oleh tuan rumah? Masih kais pagi makan pagi kais petang makan petang? 

Jangan lupa, setiap sen gaji yang dibayar menggunakan duit zakat itu akan ditanya oleh SEMUA pembayar zakat di Padang Mahsyar, kamu tidak buat kerja , masih mahu duduk bersenang-senang di dalam ofis di bawah air cond , silakan. Tunggu lah sehingga kalam dan janji Ilahi itu menjadi pasti.

sumber:https://www.facebook.com/groups/3379...9956615147122/

(update)


"Assalamualaikum.
Jabatan Agama Islam Selangor mengucapkan terima kasih kepada semua yang prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi oleh saudara seagama kita yang dikenalkan di lamanhttps://www.facebook.com/IslamAgamakuOfficial sebagai saudara Ariffin dan isterinya, saudari Nadiyah.

Untuk makluman semua, berita yang dipaparkan adalah TIDAK TEPAT.
Pasangan tersebut telah dibantu oleh JAIS, MAIS dan LZS, dan masih lagi mendapat bantuan secara berterusan. Kedua-duanya bukan berasal dari Selangor dan hanya mula memohon bantuan pada Ogos 2013. Sejak itu, mereka telah menerima 12 kali bantuan kewangan, kali terakhir pada 10 Januari 2014. Antara bantuan tersebut termasuklah bayaran tunggakan sewa rumahnya dan sewaan semasa.

Justeru, JAIS memohon supaya Admin laman Islam Agama Ku dan semua yang terlibat dengan penyebaran berita ini menghentikan SERTA-MERTA semua sebaran kerana ianya adalah fitnah kepada ketiga-tiga agensi: Jabatan Agama Islam Selangor, Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor.
Mudah-mudahan Allah mengganjarkan kebaikan kepada semua yang prihatin terhadap isu ini. Terima kasih."

https://www.facebook.com/JabatanAgamaIslamSelangor

Quote:
Originally Posted by akukuli View Post
"Tobat Tobek As salaam kpd tuan punya posting, dan semua pemberi komen. Saya mmg tersentuh dgn kisah ini. Berlaku di pdg jawa lak tu, satu khariah dgn saya. Maka saya cuba hubungi Sdr Saddam utk dptkan alamat Sdr Arifin, dgn niat utk turut membantu. Malangnya Sdr Saddam sndri pun tdk pasti.

Jadi saya fikir tmpt terbaik utk saya dptkan alamat Sdr Arifin, ialah dr pihak JAIS sndri. Blh juga saya cuba fahami apa masalahnya hingga jadi rumit sebegini rupa. Saya tiba di pjbt JAIS kira2 jam 10.30 pg td, dan terus ke tgkt 1, Unit Bantuan Muallaf. Apa yg saya cari hanyalah satu alamat seseorg yg perlu di bantu. Tapi apa yg saya jumpa adalah "petunjuk bhw ramai yg sbnr nya perlu di bantu". Cerita sbnr Sdr Arifin ini benar2 mengejutkan saya!!

Arifin tu sbnrnya dah lama jd muallaf. Dah lebih 5thn. So sepatutnya dia cuma layak dpt bantuan d bwh asnaf fisabilillah. Dan asalnya peluk agama islam d NS. Br berhijrah ke sgor, kawin dgn 1 gadis india, bini dia pun masuk islam. So skrg bini dia pulak layak dpt bantuan d bwh asnaf muallaf (**peruntukan utk muallaf adalah lebih tinggi dr peruntukan fisabilillah).

Arifin tu sbnrnya dah mula terima bantuan blnan dr jais sejak ogos 2013. Rm150/mth, ikut allocation bwh asnaf fisabilillah. Then bln 9 tu dia kawin, minaci tu pun jd la muallaf. So start bln 10 bini dia pun da start dpt rm500/mth, ikut allocation utk asnaf muallaf.

(Apa2pun, ustaz tu mtk kita bersangka baiklah dulu dgn nawaitu sbnr bini dia tu masuk islam)

Means from oct13, dorg da dpt rm650 sebln. Pymt bln 10 tu released on 2/10. On 10/10, dia dtg lg mtk bantuan jais, ngadu nk kna halau sbb 3bln sewa x byr. Jais release cek on the same day, bwh peruntukan darurat rm1200, direct atas nama landlord. This is a special case which needs the ustaz to panjat sana panjat sini utk dpt special approval (normally mmg x dpt release cek same day). Pulak tu, involve lain jabatan (asnaf fisabilillah bwh pentadbiran MAIS, bkn JAIS).

Bln 11, diorg still dpt rm650 combined bantuan bulanan, plus additional rm3000, juga bwh peruntukan darurat, tp utk isteri nye pulak.

Peruntukan 3k tu mmg utk "membantu memulakan hidup baru bg seorg muallaf". Sepatutnya 3k tu cukup la setakat nk beli tilam dapur tong gas dan brg2 asas. So yg kata umah kosong hapah pun tarak tu?

Sbb sbnrnye... diorg mmg nk kna pindah. Landlord tu mmg x mo bg sewa dah. Yg ada gmbr tenancy agreement dia attach tu bkn tenancy agreement umah lama. Sbnrnye, tu std format tenancy agreement antara JAIS dan landlord. Jais suh dia carik umah lain, klu dh jumpe blh trus bg landlord baru std tenancy agreement yg jais da provide. So ustaz tu kata yg gmbr umah kosong tu, mgkin dia da angkut pun brg g umah baru, or masa dpt 3k tu dulu depa beli ntah apa2.

Saddam tu kata dia jumpa "HambaAllah" pada 10jan kan? HambaAllah tu ngadu kata gi nk mtk bantuan tp Jais x layan kan?
Menurut rekod bercetak yg salinannya di tunjuk pd saya, 10hb tu ialah tarikh pembayaran d buat utk isteri arifin tu (bantuan bulanan rm500).

So yg Saddam jumpe 10hb tu, depa br ja turun collect duit.

MORAL OF THE STORY:
Yg ***** sng2 kene tipu nye.... TETAP ORG MELAYU!
Wallahu'alam."

https://www.facebook.com/photo.php?f...5521341&type=10

Blogger sahabat

About

hantar ke above /body tag