Dapat status Non-Glitterati, Aku hilang punca



Setelah sekian lama gua memegang status G, kini profil gua telah berubah menjadi status N-G yang menyebabkan aku hampir hilang punca.

Tiada perubahan dari segi coding, cuma ada pertambahan satu blog yang berlainan niche, Apakah dosa ku hingga dibuat sebegini.

Bila baca dari blogger lain ada yang mengatakan ia berpunca dari perubahan tema, mungkin juga kerana beberapa hari lepas , gua ada reset balik tema balik kepada default.

Mungkin sebab ini punca jadi macam tu, harapan gua ia hanyalah satu fenomena sementara sahaja memandangkan aku dah start daftar dari 2011 lagi nuffnang ni.

kalau ada sape2 geng yang boleh bagi solusi. roger2 la ye.


Foto gelagat penyokong JDT sepanjang Musim bola sepak Malaysia

Ini Foto gelagat penyokong JDT yang tampil dengan bermacam-macam warna dah cerita. Foto penyokong JDT yang  menyokong pasukan JDT menampilkan warna merah dan biru sebagai warna yang dominan dalam jersi mereka. Seiring dengan warna bendera johor mungkin.

Cuba lihat gelagat penyokong JDT yang bermacam-macam ragam dan warna. Ada yang gembira ada yang sedih dan ada yang marah.

Insiden kena baling batu dan siri pergaduhan yang membabitkan penyokong JDT sedikit merencatkan kemeriahan suasana bola sepak Malaysia.

Diharap Bola sepak Malaysia tidak dicemari insiden-insiden seperti yang berlaku di negara-negara barat.

Okeys enjoyz foto gelagat penyokong JDT yang dijumpai di halaman google


Kelihatan farin ahmad juga merupakan penyokong JDT
Foto dari kecohsekampung.blogspot.com











Video Budak Sekolah nyanyi lagu JDT


Aksi budak sekolah yang menyanyi lagu JDT mencuit hati. Siapa tak kenal dengan semangat penyokong bola JDT.

Kita lupakan insiden hitam yang berlaku dikalangan penyokong JDT. Tetapi apa yang menarik budak sekolah ini menyanyikan lagu sampai diiringi dengan paluan meja yang sememangnya mengamit kenangan kita sewaktu menjadi budak sekolah seperit dia dulu.

Percayalah, semangat yang baik membawa kepada kenangan yang indah. - sumber facebook blogkental


Roh Hantu Noritta dikatakan Ganggu Penduduk Sekitar Perlis





Siapa masih ingat kes pembunuhan seorang paragawati terkenal, Noritta Samsuddin di sebuah kondominium mewah di kuala lumpur?

Meskipun kejadian itu sudah 10 tahun berlalu namun masih terus diingati orang ramai sehingga hari ini. Menurut cerita penduduk kampung, roh hantu Noritta yang mati dibunuh di atas katilnya pada bulan Disember 2003 didakwa berkeliaran di tanah perkuburan jejawi, perlis.

Akibatnya ramai peniaga takut untuk berniaga hingga lewat malam, manakala pekerja-pekerja kilang takut untuk pergi kerja atau pulang dari kerja pada lewat malam atau lewat pagi. Ini disebabkan mereka akan terserampak dengan hantu Noritta samada di perhentian bas atau tempat menunggu van kilang mereka.

Lagi menarik, gerai burger juga hanya berniaga siang kerana takut hantu tersebut ingin membeli burger. Difahamkan, kuku Norita dicabut semasa jenazah dimandikan dan ini menyebabkan hantu berkenaan mencari kukunya di waktu malam.

Selain itu, ada pendapat mengatakan Noritta memakai susuk hingga menyebabkan rohnya tidak tenteram dan keluar di waktu malam. Penduduk telah meminta kebenaran dari pihak polis untuk menggorek kubur mangsa bagi membuang susuk yang dipakainya.

Sewaktu menggali kubur itu pula timbul cerita lain yang mendakwa roh hantu Noritta pandai membuat panggilan telefon. Macam-macam versi cerita yang didengar namun semuanya hanya khabar angin yang seperti sengaja direka untuk menakutkan orang.


Tips pasang aplikasi wajib pada komputer secara pukal

Dulu bila start format komputer sama ada komputer tu untuk diri sendiri ataupun untuk client. proses yang kedua sukar adalah untuk memasukkan aplikasi wajib yang perlu untuk gua dan juga para client gua untuk menggunakan komputer secara normal.

Proses untuk install setiap software secara satu-satu sememangnya memakan masa, itupun kalau korang tahu  alamat setiap aplikasi yang wajib.

Pasang Aplikasi Wajib di satu tempat sahaja


Kini gua nak kongsi satu installer yang cukup mudah untuk korang install semua aplikasi wajib yang perlu tanpa perlu mengeluarkan peluh walaupun sedikit.

Memperkenalkan Ninite, satu aplikasi yang menghimpunkan aplikasi-aplikasi wajib yang korang hendak atau perlu download dalam satu tempat saje. Mudahnya cuba perlu klik aplikasi yang korang mahukan kemudian tekan butang Get Installer, dan walla, installer kemudian secara automatik akan memuatturun perisian yang korang dah select pada awalnya.

itu saja perkongsian pada hari ini. Cuba Ninite klik sini


Lima Faktor Punca Kemurugan dan Cara Mengatasinya

Kena kiss dengan gadis yang cute, juga mampu menceriakan individu yang murung.

thanks! MDC dipilih menjadi post wajib baca di ping.busuk.org!! yeah!
Bergembira dengan pasangan dan keluarga antara salah satu cara untuk mengatasi kemurungan

Ada lima faktor digunakan bagi mendiagnosis kemurungan.

Mood negatif- rasa sedih, rasa ingin menangis, risau mengenai perkara buruk, risau atau kecewa dengan semua perkara dan tidak berupaya membuat keputusan.

Masalah interpersonal - kesukaran atau masalah berinteraksi dengan orang, anti sosial dan kerap mengasingkan diri (pengasingan sosial).

"Ineffectiveness" - penilaian negative terhadap keupayaan diri sendiri.

Anhedonia - tiada tenaga, tidak upaya menikmati pengalaman menyeronokkan, masalah tidur, hilang selera dan suka menyendiri.

Rendah jati diri - tidak suka diri sendiri, rasa tidak disayangi dan cenderung untuk bunuh diri.

Simptom kemurungan
>Rasa sedih dan lekas marah.
>Hilang minat pada aktiviti yang digemarinya.
>Kurang selera makan.
>Sukar tidur atau terlebih tidur.
>Pergerakan yang lembap.
>Keletihan dan kurang tenaga.
>Rasa bersalah.
>Sukar memberi tumpuan

Cara mudah melepaskan kemurungan:
>Keluar berjalan-jalan di luar rumah.
>Penuhi masa dengan hobi dan aktiviti cergas.
>Membela haiwan peliharaan.
>Luahkan perasaan dengan aktiviti kreatif seperti menulis atau melukis.
>Jauhkan diri dari pusat beli belah.
>Bersenam.
>Berehat dan mendengar muzik.
>Tidur
>Meluahkan perasaan kepada kawan atau ahli keluarga.
>Mandi air suam untuk merehatkan minda dan melancarkan aliran darah.
>Jangan hadapi tekanan dengan makan berlebihan.
>Makanan seimbang dan vitamin B kompleks boleh bantu kawal kemurungan.
>Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
>Teh suam boleh menenangkan perasaan.
>Tukar tanggapan anda pada setiap perkara.
>Minta penjelasan secara terus untuk elak keraguan.
>Lupakan kekecewaan dulu dan ingat kenangan indah.
>Jangan buat keputusan penting ketika murung untuk elak anda melakukan kesilapan yang boleh memburukkan keadaan.
>Menangislah untuk meluahkan kesedihan dan ketawa bagi menceriakan hari anda.
>Buat segera perkara yang boleh melegakan perasaan.
>Perlahankan rentak hidup dan cuba berehat.

Video Pergaduhan Penyokong JDT menentang Pahang


Insiden yang menunjukkan beberapa penyokong Pahang dan JDT bergaduh menyebabkan unit anggota FRU Polis dan Rela terpaksa bertungkus lumus meleraikan pergaduhan.

Pergaduhan yang terjadi berlarutan sehingga di luar stadium menyebabkan kesesakan aliran trafik yang teruk di sepanjang kawasan stadium.



Nampaknya keseriusan bola sepak Malaysia turut diikuti dengan keseriusan segelitir penyokong pasukan masing-masing meyokong tim mereka secara memkhizir buta. 

Kebodohan apakah ini?

sumber: fuhblog.blogspot.com

Blogger sahabat

About

hantar ke above /body tag