|
Kena kiss dengan gadis yang cute, juga mampu menceriakan individu yang murung.
|
Bergembira dengan pasangan dan keluarga antara salah satu cara untuk mengatasi kemurungan
Ada lima faktor digunakan bagi mendiagnosis kemurungan.
Mood negatif- rasa sedih, rasa ingin menangis, risau mengenai perkara buruk, risau atau kecewa dengan semua perkara dan tidak berupaya membuat keputusan.
Masalah interpersonal - kesukaran atau masalah berinteraksi dengan orang, anti sosial dan kerap mengasingkan diri (pengasingan sosial).
"
Ineffectiveness" - penilaian negative terhadap keupayaan diri sendiri.
Anhedonia - tiada tenaga, tidak upaya menikmati pengalaman menyeronokkan, masalah tidur, hilang selera dan suka menyendiri.
Rendah jati diri - tidak suka diri sendiri, rasa tidak disayangi dan cenderung untuk bunuh diri.
Simptom kemurungan
>Rasa sedih dan lekas marah.
>Hilang minat pada aktiviti yang digemarinya.
>Kurang selera makan.
>Sukar tidur atau terlebih tidur.
>Pergerakan yang lembap.
>Keletihan dan kurang tenaga.
>Rasa bersalah.
>Sukar memberi tumpuan
Cara mudah melepaskan kemurungan:
>Keluar berjalan-jalan di luar rumah.
>Penuhi masa dengan hobi dan aktiviti cergas.
>Membela haiwan peliharaan.
>Luahkan perasaan dengan aktiviti kreatif seperti menulis atau melukis.
>Jauhkan diri dari pusat beli belah.
>Bersenam.
>Berehat dan mendengar muzik.
>Tidur
>Meluahkan perasaan kepada kawan atau ahli keluarga.
>Mandi air suam untuk merehatkan minda dan melancarkan aliran darah.
>Jangan hadapi tekanan dengan makan berlebihan.
>Makanan seimbang dan vitamin B kompleks boleh bantu kawal kemurungan.
>Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
>Teh suam boleh menenangkan perasaan.
>Tukar tanggapan anda pada setiap perkara.
>Minta penjelasan secara terus untuk elak keraguan.
>Lupakan kekecewaan dulu dan ingat kenangan indah.
>Jangan buat keputusan penting ketika murung untuk elak anda melakukan kesilapan yang boleh memburukkan keadaan.
>Menangislah untuk meluahkan kesedihan dan ketawa bagi menceriakan hari anda.
>Buat segera perkara yang boleh melegakan perasaan.
>Perlahankan rentak hidup dan cuba berehat.